Thursday, June 26, 2014

Just No.

Macam ntah apa apa. Banyak banyak cerita gumbira, time ni pulak ada semangat nak tulis.


Akhirnya I came to this point where everything seems wrong. Rasa nak putus asa je kan. Rasa macam dah tak mampu nak buat dah semua ni. Haih, astaghfirullahalazim.

Syukur aku masih punya member, "Tak Ummu lah kalau macamni. Ummu yang aku kenal apa yang dia nak, dia buat sampai dapat."

Syukur aku punya bunda yang tak pernah lelah menyokong, "Bila kita buat kerja luar biasa ni, usaha kita pun kena lebih. Allah memang selalu uji bila sesuatu perkara tu dah nak berhasil. Dia nak tengok kita ni besungguh ke tak sebenarnya untuk dapatkan apa yang kita nak."

Allah, Allah. Maafkan aku. Jadikan aku orang yang tunduk patuh kepada-Mu.

Jangan nangis. Serious tak rock ah camni.

Sunday, May 18, 2014

Because of You.

Dari dulu, sampai ke detik ini; Aku punya satu impian. Yang aku sendiri tak tahu, impian tu dah jadi kenyataan, masih di perjalanan atau tertinggal di awangan.

Aku nak orang terinspirasi dengan kejayaan aku. Aku nak orang bila tengok aku berjaya, diorang pun ada semangat nak berjaya macam aku. Lebih lagi daripada aku. Aku nak orang jadikan aku; sumber inspirasi diorang? Entah. Bukan nak cakap aku ni lah idola, aku lah yang patut disanjung. Bukan. Sekurang-kurangnya terlintas dekat hati diorang "eh kalau ummu boleh kenapa aku tak boleh?". 

Kejayaan apa sangat lah yang aku capai sampai aku nak dijadikan inspirasi, tapi jujur dari hati aku, aku harap; ADA. 

Sebab? Aku SANGAT terinspirasi dengan orang orang sekeliling aku. Aku lebih terinspirasi dengan adik beradik sendiri, cikgu sendiri, kawan sendiri, malah junior sendiri berbanding orang orang yang hebat kat dunia ni. I wonder did they feel the same?

Baru-baru ni, time nak berpisah dengan member-member matriks, sedih sangat. Tapi ada satu part yang buat aku tersenyum sendiri. Yang buat aku fikir, "I'm not that bad tho?" LOL. Time dok salam-salam, pastu nangis-nangis, ada yang cakap slow kat telinga kita, 

"Ummu thanks sebab banyak ajar kita selama ni"
"Mu thank you sebab selalu nak terang banyak kali walaupun kita ni lambat pickup sikit"
"Mu time kasih ada ajar apa yang aku tak paham, tapi lepas ni jangan la garang sangat time ajar orang"

Ampun buk.

Tapi selain daripada member-member cakap terima kasih tu, lagi ramai yang bagi nasihat, "Mu nanti dah masuk universiti jangan nakal, asyik nak nyakat orang je. Behave." 

Ada budak aras aku, selalu ketuk pintu bilik nak suruh ajar. Tapi aku selalu acah acah kunci pintu, sebab niat asal dia nak suruh aku ajar, pastu nanti aku ajak dia menyembang hahaha lagha betul. Kalau datang bilik, dia tarik aku dari katil seret ke meja study. Bukakkan buku, hulurkan pen. Dia selalu cakap, "Mu kau mentor aku, kau takleh malas tau tak?"

Haih saje nak buat aku senyum sorang-sorang lagi kan.


Selamat Hari Guru buat cikgu cikgu yang dah mengajar Ummu Jannah dari dalam rahim bunda sehingga ke saat dia menaip entri ini. Ketahuilah bila mana dia ketiduran dalam kelas, telinganya masih berfungsi mendengar apa yang cikgu cikgu ajar kat depan. Mungkin cuma posisi kepalanya berlainan. Terima kasih cikgu. Moga Allah membalas jasa mu.

Tuesday, May 13, 2014

Close enough.

Jam menunjukkan jam 6.30 petang. Bas yang menuju ke Kuala Lumpur telah tiba. Aku, mak dan abuya naik ke dalam bas dan duduk di seat yang disediakan. Perjalanan kami ke Kedah sehari semalam hanya dengan bas, takut takut abuya letih memandu jauh.

6.45 pm. Bas yang patutnya bertolak 6.30 petang masih belum memulakan perjalanan. 
Aku buka beg.

Buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' aku capai. Muka surat 144, di mana bermulanya catatan seorang rakan seperjuangan Ahmad Ammar mengenai beliau. Aku menyambung baca selepas semalam aku tinggalkan. Sehinggalah aku berhenti di muka 147--

"Teringat saya kata-kata Azizi Ali, salah seorang jutawan di Malaysia, "We have no time to be ordinary people." Jalan yang dibentangkan oleh ayahanda Ahmad Azam kepada anakandanya, adalah jalan extraordinary iaitu dengan memilih Universiti Marmara untuk mendalami sejarah keagungan empayar Turki Uthmaniyyah.

 Mengapa dikatakan jalan extraordinary? Kerana ia merupakan sebuah universiti yang tidak diiktiraf secara keduniaannya oleh kerajaan Malaysia. Hal ini seolah-olah, ayahanda Ahmad Azzam menyerah bulat-bulat masa depan adinda Ammar kepada Allah SWT."

Allahuakbar. Aku baca berulang kali dua perenggan tersebut. Sebelum aku menutup kembali buku tersebut. Air mata jatuh. Sendirinya.

Teringat aku perbulan kami kira-kira setahun yang lalu.

"Macamana? Dah decide nak masuk universiti mana?"

"Aku tak dapat UPU. Matriks pun sama. Sekarang tengah buat rayuan. Mak suruh sambung Mesir je."

"Nak sambung course apa?"

"Mak suruh ambik medic. Tapi rasa macam tak boleh bawak... Aku ingat nak proceed business je dekat Mesir ni. Tapi ramai cakap kalau ambik selain medic dengan agama kat Mesir ni nanti Malaysia tak iktiraf. Sedih."

"Kenapa nak kisah Malaysia iktiraf ke tak? Yang kita nak ilmu dia kan? Kau teruskan je niat kau. Peduli cakap orang. InshaAllah Allah tolong punya."

Kerana pada saat ini,
hati ini,
jiwa ini,
rindukan nasihat darimu..

Sahabat..

Masih.

Wednesday, November 13, 2013

Dua.


Aku tidak menulis dengan benci
Malah, aku tidak mahu
Kerana, bila semuanya sudah baik
Aku akan menyumpah diri.

Aku tidak menulis dengan air mata.
Kerana aku tahu murahnya air mataku
Kerana aku tahu mahalnya persahabatan kita
Tak setanding dengan air mata ini.

Allah, jauhkan kami dari buruk prasangka
Jauhkan kami dari bisikan syaitan
Jauhkan kami dari keji perbuatan

Allah, maafkan kami,
Hambamu ini
Penuh dengan dosa noda
Penuh dengan cacat cela

Ummu Jannah Muhammad, 2.40 pm.


Sunday, June 9, 2013

Egypt story!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah saya dah selamat berada di bumi Malaysia tanah airkooo. 

Sebenarnya cerita nak pergi Mesir ni panjang sangat sangat. Banyak rintangan dan cabaran sebelum saya dapat jejak ke bumi anbiya' tu tapi alhamdulillah akhirnya sampai juga. 

(Kejap. Saya rasa sungguh awkward ye sebab dah lama gilew tak tulis blog guna laptop argh.)

Masa prepare barang apa semua untuk pergi, saya sangat eksaited. Tapi bila dah sampai airport tetiba rasa nak nyanyi lagu raya "...pulanglah ku merinduimu sayang....". Acah acah tak balik 3 tahun, raya di perantauan padahal pergi 3 bulan je. Cerita dia, saya pergi ni bukan under ejen atau apa. Ni kira persendirian punya lah. Dah la tak pernah pernah nak naik public transport kat malaysia ni sorang sorang, tetibe naik flight sorang sorang. Memang kira bajet bajet gentle lah. 


Nurul ayuni datang dengan ibu abah dan housemate dia untuk hantar saya. Hm saya pun cam wah terharu uolss. (Kualiti gambar agak low sebab guna phone je). Lepas dah salam salam semua saya pon naik kapai terbang pastu saya duduk sorang sorang lepastu tetiba berlinang jap ayaq mata. Hahahahaha.


Sempat transit sekejap kat Bangkok. Ni je gambar yang sempat ditangkap sebab transit pon 2 jam macamtu. Time teruskan journey, tetibe pak arab pulak duduk sebelah hadoi. Perjalanan lebih kurang 13 jam. Bapok lama tidur bangun tidur bangun tak sampai sampai lagi, ting tong kepala guwa.

Sampai sampai dah pukul tujuh pagi kat sana. Disambut oleh dua orang bodyguard dan saya sangat suka cuaca mesir time tu! Penghujung musim sejuk, so angin dia sejuk sejuk suam je. Dapat lah jugak feeling duduk negara 4 musim.

Hari first sampai tu bodyguard saya bawak pusing sekitar sekitar situ je. Nak sesuaikan diri dengan cuaca dan persekitaran mesir.



Masjid al-Azhar yang berada di Cairo. Seni bina dia sangat cantik ok!


Ni pulak Masjid Saidina Hussain. Terletak tak berapa jauh dengan Masjid Azhar.



Kalau nak beli beli barang, memang ni lah tempat dia.



Suasana di Pasar Hussain.


Dalam masjid ni ada makam cucu nabi, Saidina Hussain.



Suasana dalam masjid.

Lepas tu, balik tempat penginapan untuk rehat apa semua.


 Ni kawasan rumah pelajar Malaysia di Cairo. They called ARMA.


Pemandangan dari tingkap bilik.





Makan di restoran Cina dengan dua orang body guard.

InshaAllah kalau saya rajin lagi saya akan cuba update kawasan kawasan or pengalaman saya kat Mesir! Kalau saya rajin ok hurhurhur. 

Till then! Salam!